assalamuallaikum. hye readers,
dimulakan dengan بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
hye 'Ana'. kali ni aku post blog ni khas untuk kau. aku masih ingat lagi kenangan kenangan kita bersama. terlalu banyak. jujur aku cakap, kaulah yang terbaik pernah muncul dalam hidup aku.
kalau nak diceritakan, terlalu banyak cabaran dan rintangan hidup yang kita lalui bersama. aku still ingat lagi cara kita berkenalan. kau tegur aku dulu, through Twitter. mula mula aku ingat kau ni kawan aku time sekolah menengah. seriously muka kau serupa dengan kawan aku. bila perhatikan betul betul, kau lagi sempurna dari apa yang aku bayangkan. since the day kau tegur aku, makin hari kita makin rapat. I mean, setiap kali aku tweet something, kau mesti respon and reply tweet aku. entah kenapa, makin hari aku makin selesa bila berchatting dengan kau. salah satu kenangan yang aku tak boleh lupakan bila kau DM (direct message) aku through Twitter and said 'pakai bb eh? nak bb pin'. jujur, aku tersenyum lebar. kalau kau nak tahu, aku ni jenis manusia yang susah nak bagi nombor telefon or bb pin dekat orang yang aku kurang kenal. tapi dengan kau, entah kenapa dengan semangatnya aku reply message kau and bagi bb pin aku kt kau. tanpa was was.
during that day, I was waiting for you. waiting for you to add my bbm. and alhamdulillah, kau muncul. dengan adanya bbm, kita semakin rapat. kau selalu share masalah kau dengan aku. selalu! bila kau stress dengan kerja yang kau buat, akulah orang yang kau cari sebagai tempat mengadu. and guess what, aku tak kisah dengan semua tu. aku lagi suka bila kau cari aku time kau ada masalah. sekurang kurangnya aku tahu, aku pernah terlintas dalam fikiran kau. saat saat bahagia yang susah untuk aku ungkapkan. hanya Allah sahaja yang tahu.
perasaan sayang aku terhadap kau semakin bertambah. setiap saat, setiap benda yang aku buat aku sentiasa ingat kau. boleh dikatakan, kau dah sepenuhnya jadi nyawa aku. bila aku sedih, kau selalu gembirakan aku. kau salah seorang yang dapat mengembalikan senyuman aku. masih ingat lagi, kau selalu cakap 'kalau kau bahagia, aku bahagia. kalau kau sedih, aku pun ikut sedih sekali'. ayat tu cukup untuk buat aku terharu, cukup untuk buatkan aku ingatkan segalanya pasal kau.
setiap hari aku bersama dengan kau, kenangan manis mesti terukir dalam hidup aku. aku pernah cakap dekat kau yang aku tak pernah jejakkan kaki aku kt IKEA. aku terharu sangat bila kau bawa aku pergi jalan jalan kt tempat yang tak pernah aku jejak. apa yang buat aku lagi terharu, kau sudi temankan aku pergi makan meatballs kt IKEA even though aku tahu badan kau terlalu lemah dan penat time tu. itu adalah kali pertama aku merasa makan meatballs kt sana. jutaan terima kasih aku ucapkan untuk semua tu.
jujur, aku rindukan kau. aku rindu semuanya tentang kau. ketawa kau, senyuman kau, suara kau, sentuhan kau, belaian kasih sayang kau. aku rindu nak dengar ketawa kau. aku ingat lagi, kita spent time together watching movie through your macbook. Meryl Streep jadi heroin dalam cerita tu. movie tu sangat sangat kelakar. boleh dikatakan, setiap pergerakan, dialog yang Meryl Streep buat, kau mesti ketawa. kau pernah tanya aku, 'kenapa tak senyum? tak suka eh cerita ni?' seandainya kau tahu, tengok kau ketawa dah cukup buat aku tersenyum lebar. dan kalau la kau tahu, 98% pandangan aku menghala ke arah kau, wajah kau dan bukan ke arah movie tu. betapa bermaknanya kau dalam hidup aku.
antara kenangan yang aku tak boleh dan takkan pernah aku lupakan adalah bila saat saat kita luangkan masa bersama, duduk di tepi tasik sambil melihat bintang di langit. demi Allah, itulah adalah kenangan paling dan teramat manis yang pernah kau berikan kt aku. seolah olah impian aku untuk luangkan masa, duduk kt tepi tasik bersama dengan orang yang aku teramat sayang, tercapai. aku tahan air mata aku time tu. aku tak nak kau tengok aku menangis. sebab kau pernah cakap dengan aku, kalau aku menangis, kau akan ikut sedih dan menangis. disebabkan tu, lebih baik aku tahan diri aku dari menangis sekali. jujur aku cakap, melihat air mata kau menitis meskipun setitik ibarat sebilah pisau yang sangat tajam menghiris hiris hati aku. itu dah cukup menandakan yang kau adalah jantung aku, hati, paru paru dan segala organ yang aku ada. kaulah segala galanya buat aku.
tapi cinta didunia takkan pernah kekal. dan aku sedar semua tu. betul la orang cakap, cinta tak seharusnya memiliki. cukuplah kita hanya mencintai seseorang itu dalam hati even kita tak memiliki dia sepenuhnya. perubahan masa, keadaan dan takdir yang memisahkan kita. takdir untuk kita bersama memang tidak akan pernah memihak pada kita. aku cuba untuk terima kenyataan yang kau tidak lagi akan berada disisi aku. aku cuba untuk terima kenyataan yang aku bukan lagi tempat untuk kau mengadu. aku cuba untuk menaruh harapan dan berharap semoga aku adalah cinta terakhir kau. kenangan kenangan yang kita lalui bersama akan tetap jadi kenangan manis dalam hidup aku. kau seorang manusia yang sangat baik. di mata aku, kau dah cukup sempurna. aku berharap someone yang bakal muncul dalam hati kau nanti dapat melihat kesempurnaan yang kau miliki seperti mana aku melihat dan menilai kesempurnaan kau. kau tiada pengganti. kau satu dalam sejuta. tolong bahagia untuk aku dan senyum selalu sebab senyuman kau cukup bermakna.
there are may be a million things to smile about but you're definitely my favorite one :)
____________________________________________________
sincerely,
Ashraf Hissan

