assalamuallaikum. hye readers,
dimulakan dengan بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ehem ehem, tarik nafas dulu dan hembus. ok, here we go.
apa yang korang ingin tahu pasal aku? anything. dari A sampai Z. cepat cepat sementara masih ada peluang ni. ok, takpe la. biar aku yang beritahu haha pertama sekali, nama aku diberi oleh opah, belah mama aku sendiri iaitu Rosnah bt Taib. opah menamakan aku dengan nama Mohamad Ashraf bin Hissan. opah berikan nama dengan hasil gabungan nama Nabi Muhammad saw dan ikuti dengan Ashraf yang bermaksud 'yang mulia'. tetapi opah aku cuba untuk beri sedikit kelainan dengan menukarkan ejaan Muhammad itu kepada Mohamad. yang bezanya cuma ejaan tetapi bunyinya tetap sama. so korang jangan nak pandai-pandai tukar eh haha aku dilahirkan pada 22 Oct 1993. tahun ayam tak salah aku la. zodiac pula Libra. dengar cerita orang yang dilahirkan zodiac Libra ni, special sikit orangnya *syok sendiri :P
aku berasal dari Ipoh, Perak. keturunan belah abah aku semuanya berasal dari Perak. belah mama aku pula, kebanyakannya berasal dari Pulau Pinang tapi dibesarkan di Perak. so, boleh dikatakan aku ni darah campuran Perak dan Penang. no wonder la aku boleh cakap loghat penang. kadang-kadang cakap kedah pun boleh. ok seterusnya. makanan favorite aku? eh tak payah la. dah macam budak-budak sekolah rendah pulak nak tahu aku suka makanan apa, minum apa, hobi apa, jenis wanita yang macam mana aku suka *opsss! haha kita skip kita skip.
kita cerita pasal personaliti aku pula. firstly, semua orang tahu kot yang aku ni jenis manusia yang sangat peramah *perasan lagi haha. tapi tahap peramah aku ni kadang-kadang ada hadnya dan ia berdasarkan orang yang aku ingin bergaul juga. kalau dia manusia yang terlalu dan tersangat la annoying, sumpah awal-awal lagi aku tak layan. that's me. aku suka bergaul dengan orang yang hampir sekepala dengan aku. maksudnya, kalau aku betul-betul marah, dia akan tahu yang aku ni betul-betul tengah mood marah. kalau aku menggila, dia akan terima semua lawak-lawak aku. kalau dia tak terima pun, dia akan cuba beritahu aku yang lawak aku tu tak menjadi dalam bentuk komedi. ok, susah nak explain. korang buat-buat faham je la haha secondly, entah kenapa mungkin sejak lahir lagi aku memang sejenis manusia yang cepat rasa serba salah. even pergaduhan yang aku alami dapat diselesaikan dengan baik, aku akan tetap rasa serba salah sampai la bila-bila pun. tak tau la kenapa aku ada sikap macam ni. ramai juga orang suruh aku untuk buang sikap ni, but I just can't do it.
thirdly, aku seorang yang suka memendam. ya! itu la aku. setiap kali aku dilanda masalah, aku susah nak share masalah aku dengan sesiapa pun. except someone yang aku betul-betul percaya. rasanya ada dua tiga orang yang aku selalu share masalah aku dengan mereka. aku dah set mind aku dari dulu lagi, kalau aku suka share masalah dengan orang lain, confirm masalah tu akan jadi berlarutan. sebab manusia ni dilahirkan ada mulut. ada certain mulut ni yang jenis pokpek pokpek, pergi ceritanya semua masalah aku dekat orang lain. haaa tak ke masalah tu akan jadi berlarutan? itu la sebabnya aku memilih untuk memendam. so, sesiapa diluar sana kalau terasa dengan aku sebab apa aku tak share problems aku dengan korang, maafkan aku eh? fourth, aku bukan nak perasan ke apa but aku ni seorang yang agak caring lol *tolong muntah haha. tapi tapi, aku akan jadi sangat caring kalau dia betul-betul bermakna dalam hidup aku. contohnya, family aku sendiri. my parents, sisters and brothers semua aku ambil kisah. begitu juga dengan kawan-kawan aku. i mean, kawan dunia akhirat aku. mungkin kadang-kadang mereka tak nampak yang aku ni betul ke caring pasal dyorang. different people, different cara kan? maybe cara aku caring pasal someone a little bit different. cara halus maksud aku. cara yang dia sukar untuk captured. tapi kebanyakannya, kalau aku betul-betul care pasal someone, aku memang tunjukkan yang aku ni truly and honestly care bout him/her.
fifth, one thing bout me is that aku ni mudah jatuh hati. tapi once aku betul-betul jatuh cinta, memang aku takkan cari yang lain. seperti sekarang ni, aku rasa aku betul-betul jatuh cinta dengan si pemilik kereta Satria Neo, AGS blablabla *tak ingat plat no kereta dia haha. aku rasa dia yang terbaik pernah aku jumpa. dia sangat-sangat la caring pasal aku. dan tak lupa juga, dia sweet. kalau lama-lama aku dengan dia, aku boleh mengidap kencing manis haha. tapi aku sanggup tempuh semua tu untuk buktikan cinta aku terhadap dia tiada batasannya. aku harap dia adalah yang terakhir pernah aku sayangi dan cintai. sixth, aku ni sangat-sangat la kuat berangan. angan-angan aku semua hangat-hangat tahi ayam. tapi, kalau diberi rezeki oleh Allah swt, aku nak jadi seorang pengarah yang tersohor didunia. aku teringin sangat nak majukan lagi industri perfileman tanah air kita. ada stunt sana sini, filem pun keluar dalam bentuk 3D, 4D, 5D, 10D haha. memang impian aku untuk jadi pengarah. aku ni suka merancang. contohnya kalau plan A tak jadi, aku akan buat plan B. bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. kalau aku tak jadi pengarah, jadi pelakon pun jadi la haha *aku tak boleh bayangkan kalau aku jadi pelakon lol. nak jadi penyanyi tak boleh sebab aku tahu suara aku sumbang. time karaoke dengan kakak-kakak aku pun dyorang siap berpesan, 'acap, tolong jangan nyanyi terlalu sumbang' haha. tapi itu semua kehendak Ilahi. aku hanya boleh merancang, Allah yang menentukan.
peghhh! first time aku post panjang gila kot. buat karangan 'Tentang Aku' time SPM pun boleh lepas ni haha. ok la semua, rasanya setakat itu sahaja aku mampu share dengan korang tentang diri aku ni. kalau ada pape yang tak puas hati ke, nak bunuh aku ke, nak peluk aku ke *opss! terlepas lagi haha, korang boleh la cari aku dekat Twitter or Facebook. aku terima seadanya pendapat korang.
terima kasih sebab membaca blog aku yang tak seberapa ni. maafkan aku kalau ada salah silap, terkasar bahasa, terguris hati or whatever la. aku hanya manusia biasa yang sering melakukan kesilapan. so, kalau aku ada buat salah dan silap, harap dapat diampunkan. selagi lagi, terima kasih kerana membaca.
____________________________________________________
sincerely,
Ashraf Hissan :)
